Monday 27 January 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KE 2

Takziah kami dari Kelab Warga buat En. N. Saidi di atas pemergian ayahandanya tercinta.

Wednesday 22 January 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KELAB KELUARGA

Takziah buat Pn. Roslina di atas pemergian ibuanda yang tercinta. Sumbangan tak seberapa dari kami Kelab Warga SMK Seri Panching.   

Saturday 18 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT FELDA PANCHING SELATAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH

Tugas kedua tahun ni. Mengiringi pelajar ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Panching Selatan. Sambutan bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pukul 9.30 pagi. Aktivitinya cuma berarak sambil berselawat sahaja.
















Bagi peringkat sekolah pula telah di adakan pada 29 Januari. Sambutan kali ini lebih meriah sedikit berbanding pada tahun lalu. Hasil inisiatif Ustazah Nor Afida, pertandingan sepanduk telah diadakan.


Gambar Pasport Buatan Sendiri

Seperti biasa anak-anak last minute, biasanya waktu sebelum tidur akan bagitau..."Papa esok cikgu nak itu dan ini. Pukul 10 malam nak cari macam mana. Bebudak ni yang dia tahu menangis je pepagi hari bila apa yang minta tak di tunaikan. Inilah hasilnya....






Berbekalkan ilmu Adobe Photoshop yang tak seberapa + Samsung Note 2 Original dapat juga menyiapkan setiap seorang gambar pasport. Kira ok la tu...amatur bukan pro..actually lepas sesi edit mengedit background aku tukar kaler biru..serupa kat kedai gambar...

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR 2013 FELDA WILAYAH KUANTAN

Assalamualaikum...blog ni dah lama beku...nak kata sibuk tak la juga..lama x jenguk sejak menanda SPM. Pastu Kuantan HAVOC sekejap bila dilanda banjir..alhamdulilah rumah kami masih tidak terlibat walaupun Taman yang kami diami merupakan kawasan bencana juga. Semua tu kuasa Ilahi.
Apa pun tahun ni banyak tugas yang dipikul...ada penambahan bukan pengurangan rasanya. jawatan NGO yang baru....hmmm...Pengerusi KELAB STAf... tqvm sahabat.("mood tak puas hati kenapa dipilih"). SU Kecemerlangan ... huyooo...dan yang padahnya SMK Seri Panching dipilih mengetuai JKKD Pend. Islam PPD Kuantan....hu hu hu...kena dipilihhhhhhhh.....dan di bahagian Koko kesemuanya nama aku berada di atas..al maklum laaa....automiknya aku jadi KETUA Guru Penasihat...hu hu...(bkn rungutan cuma... nak kongsi je.. bila sekolah kecil dan bilangan ADAM minoriti)
Berbalik kepada tajuk posting sulung tahun. Aku mewakili sekolah selakuPenyelaras STF ke majlis tersebut yang berlangsung di Felda Chini Timur 3. Alhamdulilah aku tak keseorangan ke sana . Selain membawa 3 orang pelajar , Cikgu Najmi turut bersama. Jauh juga perjalanan ke sana. Hampir 75 km dari Kuantan.


Dato' Azmi selaku Pengarah Pendidikan FELDA berucap.
Pn. Hjh Rashidah Timb. Pengarah Pelajaran Pahang

Pada majlis tersebut pelajar 8A mendapat Sijil Penghargaan dan RM100. Pelajar 7A pula sijil dan RM80.
Hazwani...budak kurus tapi kuat makan





Ituah pengorbanan....akhir sekali TAHNIAH buat SMKSP yang akhirnya dapat melahirkan 3 pelajar straight A's. Bacth 2013 merupakan bacth yang terbaik sepanjang 10 tahun. Aku tumpang gembira sebab aku juga ada mengajar mereka walaupun aku baru setahun jagung di SMKSP. ADIOSSSS....