Thursday 24 October 2013

Kem Sempurna A SPM dan Bengkel Sembelihan 2013

22- 23hb mengiringi 8 orang pelajar ke Kem Sempurna A anjuran FELDA bertempat di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Tuesday 15 October 2013

Eid ul Adha....Korban...

Allahu Akbar 3x wa lillahil hamd...alhamdulilah pagi ni dapat beraya lagi. Seperti biasa diminta menyampaikan khutbah di masjid al-Amin.

Lepas solat terus bergegas untuk menyembelih korban. Tahun ni...9 ekor lembu hasil sumbangan orang perseorangan termasuk PM 1 Malaysia. Itu tak termasuk orang kampung punya.

Sunday 13 October 2013

Ilham Sofea dan Squash

Bertempat di Pusat Squash Pahang Taman Gelora berlangsung kejohanan squash pembangunan sirkit ke 3. Kejohanan berlangsung selama 3 hari, bermula 11 hingga 13 Okt 2013.

Akak @ Ilham Sofea bertanding dalam acara perempuan bawah 9 tahun. Kali ini akak dapat nombor 7.

Bersama rakan seperjuangan yang menerima medal

Menerima hadiah dari Cikgu Bakar merangkap jurulatih yang mengasuh bakatnya

Wakil tunggal SK Jaya Gading

 Beberapa orang pemain dan ibu bapa

Bersama seteru utama... Ng Li Ann dan Linoshanesh

Penyokong tegar Akak....Dhina. 

Jadual perlawanan sirkit 3 perempuan bawah 9 tahun

Terima kasih ayahanda

Semalam kami 3 beradik meraikan majlis kesyukuran sempena kelahiran ke 73 ayahanda tercinta kami Hj. Abd Mubin b. Chik. Walaupun majlisnya ringkas tapi ia amat bermakna buat kami adik beradik. Terima kasih APAK. Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan. Mmmm...dengar khabar nak berumrah lagi tahun depan. Semoga diperkenankan lagi hajat . Amin..

Menu pun simple....Ayam KFC...sate..mihun...koktel....air teh o...
Aki mencuba sate sambil diperhatikan oleh anak-anak dan cucu-cucu

Mana mau pilih daaa..

Friday 11 October 2013

Aktiviti Pelajar SMKSP Selepas PMR


yang terancang memang sudah tiada berikutan tamatnya mereka menduduki  PMR.

Hari ini merupakan hari kedua mereka menjayakan aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semalam dengan ceramah kesihatan yang berkisarkan kepada Bahaya Rokok.

Aktiviti hari ini pula adalah kraftangan. Sempatlah juga bersama-sama pelajar meng keraskan tangan. Falsafah aku cukup mudah.... tak salah kita meraikan program orang. Itulah yang aku cuba lakukan di sekolah.  Moga-moga bila kita buat program .....orang pun meraikan kita pula. Kan itu win win situation namanya.



















Ni hasil keras tangan pertama.... uncang untuk main batu seremban katanya...

Friday 4 October 2013

Post Mortem Soalan Pendidikan Islam 45/1 PMR 2013

Alhamdulilah itulah yang selayak-layaknya untuk dipanjatkan kepada Allah SWT kerana hampir 85% tajuk yang dilatih tubi boleh dikatakan masuk.Pagi-pagi lagi aku telah didatangi oleh beberapa orang anak murid dengan muka ceria sambil tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepadaku. Hmmm....senang ustaz. Begitulah perkataan yang keluar dari mulut salah seorang pelajarku. Jangan "over confident " ujarku. Apapun teruskan solat hajat dan berdoa agar kamu mendapat keputusan yang baik, tegasku.

Ya Allah , Engkau tolonglah pelajar-pelajarku ini. Tetiba aku teringat beberapa nama pelajarku, Hashim, Amir, Fitri, Arif Naim, Syahnan, Izzat, Fauzie, Amir Asraf, Ain Syuhadah, Afwa, Arissa......... Boleh ke kamu menjawab. InsyaAllah......Allah bersama kemu semua. Kamu semua sudah pun berusaha ....tinggal bertawakkal  lagi....

Saiyidul Ayyam....Khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin Kg. Seri Damai.

Hari ni kembali bertugas ke sekolah. Seperti biasa rutin hari Jumaat memimpin bacaan surah Yasin. Bak kata rakan-rakan, tugas tetap dan berpencen. Jadual hari ini melegakanku. Waktu bersama dengan tingkatan 3 telah di ambil oleh Panitia Matematik untuk pecutan terakhir panitia mereka. Lepas rehat 2 waktu bersama dengan 2 Adil. Secara amnya, silibus untuk tingkatan 2 telah berjaya ditamatkan. Bagi mengisi waktu-waktu mereka tugasan menyiapkan folio tokoh-tokoh telah aku berikan. Walaupun 2 Adil merupakan kelas yang hujung tetapi bagiku untuk mata pelajaran Pendidikan Islam mereka boleh diharapkan. Mungkin mereka ini generasi J-QAF. Tahniah dan syabas sahabat-sahabat J-QAF. Tetapi masih tertanya-tanya bilakah J-QAF akan dijalankan di sekolah menengah. Ditambah pula dengan perlaksanaan PBSMR pada tahun depan.

Sedar tak sedar jam menunjukkan jam 12.00 tengahari. Ada tugasan lain perlu diselesaikan. Hari ini diminta oleh pihak masjid Al-Amin untuk membacakan khutbah Jumaat. Inilah sumbangan yang tak seberapa yang aku boleh sumbangankan selaku anak kampung Seri Damai. Apa salahnya berbakti kepada kampung sendiri. Hampir 5 tahun sudah sekembalinya aku ke Kuantan setelah bertukar dari Kuala Lumpur. Tapi yang paling aku tidak sabar adalah apabila datangya hari Raya Aidil Adha. Sudah semestinya menyembelih binatang korban. Tinggal beberapa hari saja lagi.....2 minggu lagi kot.Berbalik kepada khutbah Jumaat hari ni. tajuknya , Nasfu : Musuh Yang Disukai.

Tuesday 1 October 2013

Ukhuwwah terjalin melalui sukan.....persahabatan dengan SK Fakeh Abd Samad

Malam tadi memenuhi kuota pemain untuk persahabatan badminton dengan SK Fakeh. Promoter perlawanan Cikgu Azwan. SMKSP dibarisi oleh Cikgu Faisal @ Lin Dok Dan, Cikgu Razman @ Lee Rae Man, Cikgu Zainal, Cikgu Syukran dan aku sendiri (cukupkan korum je)

Perlawanan berlangsung di Kelab Kilas IM. Memula terasa malu juga nak main dengan SK Fakeh sebab takut tak sekufu' tapi bila main levelnya sama je. Sambil main sambil merapatkan ukhuwwah. Adalah juga aku memang dah kenal cikgu-cikgu SK Fakeh seperti Cikgu Mizan , suami kawan kepada member isteri aku. Dan yang tak syoknya orang kenal aku sebab atas kapasiti aku anak Tok Imam Haji Mubin.Dunia ni kecil je..

Ni beberapa gambar yang sempat diambil....

Biasalah....sukan untuk kesihatan


Nak kenal Kelab Kilas......ada signboard PROTECH..