Friday 27 September 2013

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana

Semalam telah berlangsung Majlis Solat Hajat dan Tahlil Perdana bagi calon-calon PMR dan SPM SMK Seri Panching. Walaupun keadaan cuaca hujan tetapi kehadiran guru-guru, ibu bapa dan khususnya pelajar-pelajar tidak menghampakan. Alhamdulilah promosi yang telah di buat untuk memastikan pelajar hadir ke majlis tersebut telah berjaya rupa. Aku selaku Setiausaha Bina Insan telah menjemput sahabatku sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Baihaqie ad-Dimasqi untuk memimpin majlis tersebut. Terima kasih banyak bro walaupun dikhabarkan sepatutnya perlu menghadiri majlis di Istana. Majlis tersebut pada dasarnya mendapat kerjasama dari Kelab Mahasiswa Paya Besar, Alumni Pelajar SMKSP, PIBG SMKSP dan GPMS Cawangan Pahang. Difahamkan sejumlah RM1K telah disumbangkan oleh pihak tersebut. Apapun terima kasih buat semua guru yang menjayakan program ini khususnya Cikgu Najmi @ Ayah Mie. Start dari berurusan dengan Kelab Mahasiswa Paya Besar sehingga kebersihan semua dibantu. Muchas gracias amigos!!!


No comments:

Post a Comment