Thursday 24 October 2013

Kem Sempurna A SPM dan Bengkel Sembelihan 2013

22- 23hb mengiringi 8 orang pelajar ke Kem Sempurna A anjuran FELDA bertempat di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Tuesday 15 October 2013

Eid ul Adha....Korban...

Allahu Akbar 3x wa lillahil hamd...alhamdulilah pagi ni dapat beraya lagi. Seperti biasa diminta menyampaikan khutbah di masjid al-Amin.

Lepas solat terus bergegas untuk menyembelih korban. Tahun ni...9 ekor lembu hasil sumbangan orang perseorangan termasuk PM 1 Malaysia. Itu tak termasuk orang kampung punya.

Sunday 13 October 2013

Ilham Sofea dan Squash

Bertempat di Pusat Squash Pahang Taman Gelora berlangsung kejohanan squash pembangunan sirkit ke 3. Kejohanan berlangsung selama 3 hari, bermula 11 hingga 13 Okt 2013.

Akak @ Ilham Sofea bertanding dalam acara perempuan bawah 9 tahun. Kali ini akak dapat nombor 7.

Bersama rakan seperjuangan yang menerima medal

Menerima hadiah dari Cikgu Bakar merangkap jurulatih yang mengasuh bakatnya

Wakil tunggal SK Jaya Gading

 Beberapa orang pemain dan ibu bapa

Bersama seteru utama... Ng Li Ann dan Linoshanesh

Penyokong tegar Akak....Dhina. 

Jadual perlawanan sirkit 3 perempuan bawah 9 tahun

Terima kasih ayahanda

Semalam kami 3 beradik meraikan majlis kesyukuran sempena kelahiran ke 73 ayahanda tercinta kami Hj. Abd Mubin b. Chik. Walaupun majlisnya ringkas tapi ia amat bermakna buat kami adik beradik. Terima kasih APAK. Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan. Mmmm...dengar khabar nak berumrah lagi tahun depan. Semoga diperkenankan lagi hajat . Amin..

Menu pun simple....Ayam KFC...sate..mihun...koktel....air teh o...
Aki mencuba sate sambil diperhatikan oleh anak-anak dan cucu-cucu

Mana mau pilih daaa..

Friday 11 October 2013

Aktiviti Pelajar SMKSP Selepas PMR


yang terancang memang sudah tiada berikutan tamatnya mereka menduduki  PMR.

Hari ini merupakan hari kedua mereka menjayakan aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semalam dengan ceramah kesihatan yang berkisarkan kepada Bahaya Rokok.

Aktiviti hari ini pula adalah kraftangan. Sempatlah juga bersama-sama pelajar meng keraskan tangan. Falsafah aku cukup mudah.... tak salah kita meraikan program orang. Itulah yang aku cuba lakukan di sekolah.  Moga-moga bila kita buat program .....orang pun meraikan kita pula. Kan itu win win situation namanya.



















Ni hasil keras tangan pertama.... uncang untuk main batu seremban katanya...

Friday 4 October 2013

Post Mortem Soalan Pendidikan Islam 45/1 PMR 2013

Alhamdulilah itulah yang selayak-layaknya untuk dipanjatkan kepada Allah SWT kerana hampir 85% tajuk yang dilatih tubi boleh dikatakan masuk.Pagi-pagi lagi aku telah didatangi oleh beberapa orang anak murid dengan muka ceria sambil tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepadaku. Hmmm....senang ustaz. Begitulah perkataan yang keluar dari mulut salah seorang pelajarku. Jangan "over confident " ujarku. Apapun teruskan solat hajat dan berdoa agar kamu mendapat keputusan yang baik, tegasku.

Ya Allah , Engkau tolonglah pelajar-pelajarku ini. Tetiba aku teringat beberapa nama pelajarku, Hashim, Amir, Fitri, Arif Naim, Syahnan, Izzat, Fauzie, Amir Asraf, Ain Syuhadah, Afwa, Arissa......... Boleh ke kamu menjawab. InsyaAllah......Allah bersama kemu semua. Kamu semua sudah pun berusaha ....tinggal bertawakkal  lagi....

Saiyidul Ayyam....Khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin Kg. Seri Damai.

Hari ni kembali bertugas ke sekolah. Seperti biasa rutin hari Jumaat memimpin bacaan surah Yasin. Bak kata rakan-rakan, tugas tetap dan berpencen. Jadual hari ini melegakanku. Waktu bersama dengan tingkatan 3 telah di ambil oleh Panitia Matematik untuk pecutan terakhir panitia mereka. Lepas rehat 2 waktu bersama dengan 2 Adil. Secara amnya, silibus untuk tingkatan 2 telah berjaya ditamatkan. Bagi mengisi waktu-waktu mereka tugasan menyiapkan folio tokoh-tokoh telah aku berikan. Walaupun 2 Adil merupakan kelas yang hujung tetapi bagiku untuk mata pelajaran Pendidikan Islam mereka boleh diharapkan. Mungkin mereka ini generasi J-QAF. Tahniah dan syabas sahabat-sahabat J-QAF. Tetapi masih tertanya-tanya bilakah J-QAF akan dijalankan di sekolah menengah. Ditambah pula dengan perlaksanaan PBSMR pada tahun depan.

Sedar tak sedar jam menunjukkan jam 12.00 tengahari. Ada tugasan lain perlu diselesaikan. Hari ini diminta oleh pihak masjid Al-Amin untuk membacakan khutbah Jumaat. Inilah sumbangan yang tak seberapa yang aku boleh sumbangankan selaku anak kampung Seri Damai. Apa salahnya berbakti kepada kampung sendiri. Hampir 5 tahun sudah sekembalinya aku ke Kuantan setelah bertukar dari Kuala Lumpur. Tapi yang paling aku tidak sabar adalah apabila datangya hari Raya Aidil Adha. Sudah semestinya menyembelih binatang korban. Tinggal beberapa hari saja lagi.....2 minggu lagi kot.Berbalik kepada khutbah Jumaat hari ni. tajuknya , Nasfu : Musuh Yang Disukai.

Tuesday 1 October 2013

Ukhuwwah terjalin melalui sukan.....persahabatan dengan SK Fakeh Abd Samad

Malam tadi memenuhi kuota pemain untuk persahabatan badminton dengan SK Fakeh. Promoter perlawanan Cikgu Azwan. SMKSP dibarisi oleh Cikgu Faisal @ Lin Dok Dan, Cikgu Razman @ Lee Rae Man, Cikgu Zainal, Cikgu Syukran dan aku sendiri (cukupkan korum je)

Perlawanan berlangsung di Kelab Kilas IM. Memula terasa malu juga nak main dengan SK Fakeh sebab takut tak sekufu' tapi bila main levelnya sama je. Sambil main sambil merapatkan ukhuwwah. Adalah juga aku memang dah kenal cikgu-cikgu SK Fakeh seperti Cikgu Mizan , suami kawan kepada member isteri aku. Dan yang tak syoknya orang kenal aku sebab atas kapasiti aku anak Tok Imam Haji Mubin.Dunia ni kecil je..

Ni beberapa gambar yang sempat diambil....

Biasalah....sukan untuk kesihatan


Nak kenal Kelab Kilas......ada signboard PROTECH..


Sunday 29 September 2013

TAJUK TARGET PENDIDIKAN ISLAM PMR 2013

Kepada,

Semua calon PMR 2013


Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

TAJUK-TAJUK TARGET PENDIDIKAN ISLAM 45/1 PMR 2013*

Adalah perkara di atas dirujuk.

Tilawah

*Berbudi dan Berbakti Cara Hidup Mukmin
*Sabar Menghadapi Ujian Allah S.W.T
*Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan
*Menyakini Hari Kebangkitan
*Kewajipan Solat Jumaat

Hadis

*Pengenalan Hadis
*Sedekah Pemangkin Kesejahteraan
*Ihsan Terhadap Binatang

Akidah

*Konsep Akidah
*Asas Akidah Islam
*Beriman Kepada Asmaul Husna (Ar-Rahman dan Ar-Rahim)
*Beriman Kepada Rasul (Ismatur Rasul)
*Beriman Kepada Hari Akhirat (Al-Mizan, Al-Hisab, As-Sirat)
*Beriman Kepada Qada' dan Qadar

Ibadah

*Konsep Bersuci (soalan hukum)
*Solat Sunat Tahiyatul Masjid
*Solat Sunat Rawatib
*Solat Sunat Hari Raya
*Zakat

Sirah

*Riwayat Hidup Rasulullah SAW
* Strategi Perjuangan Rasulullah SAW di Makkah.
*Perjanjian Hudaibiyyah
*Pembukaan Kota Mekah
*Saidatina Khatijah
*Sumaiyyah
*Saidatina Fatimah

Hafazan

*Al-Baqarah 201
*Al-Imran 26
*Al-Akraf 23
*Al-Jumuah 9, 10, 11


Akhlak

Adab kepada Ibu Bapa
Adab Bergaul dengan Keluarga
Adab Berguru
Adab Menjaga Harta Sekolah
Wawasan Beribadat
Adab Bekerja


Semoga dapat membantu.


*setelah dibuat analisa dan diperbincang

Saturday 28 September 2013

Dina bernasyid di Pesta Konvokesyen KIPSAS

Kesibukan sebagai guru pengiring di program motivasi tidak menafikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Sempat juga memberi sokongan kepada Dina yang menyertai nasyid.

Bersedia menyusun barisan




Usai persembahan.....dapat set pensel warna + air jambu.




Kem Bina Negara Bukit Sagu....Program Motivasi Bersama Yayasan Pelajaran MARA

Bertempat di Kem Bina Negara Bukit Sagu, Seramai 14 orang pelajar telah menghadiri kem motivasi tersebut. Selain Seri Panching, SMK Lepar Hilir,SMK Bukit Goh dan SMK Bukit Sagu juga terlibat dalam program ini.

Kem Bina Negara Bukit Sagu. Jauhnya....nak sampai ke sana sesuai gunakan pickup HILUX....macam Camel Trophy..







taraaaaa.....baru sampai



Pelajar perempuan menunjukkan muka yang ayu
 
Actually,  pelajar lelaki  dari SMK Lepar Hilir. Bekas anak didik.
Seawal jam 8.00 pagi SMK Seri Panching dah sampai. Boleh dikatakan kontijen yang paling awal yang mendaftar walaupun kalau ikut perkiraan akal, yang sepatutnya sampai awal ialah SMK Bukit Sagu dan SMK Bukit Goh. Dan paling mendukacitakan kehadiran peserta. Panching 14/20, Lepar 18/20, Bukit Sagu 16/20 dan Bukit Goh 26/40.
 
Urusan pembahagian kumpulan oleh Pak Pian. Pelajar SMK Seri Panching iaitu Razin diberi penghormatan dilantik sebagai penghulu program.

SLOT PERTAMA 

Masih keliru....mana dia wakil  Yayasan Pelajaran MARA
Surat dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
Ni dia surat dari PPD. Cuba perhatikan perkara nombor 4.


Aktiviti petang....

Tazkirah oleh En. Shahar Abdullah.....mimpi..

Makanan di kem? Boleh tahan. ...Para peserta dilihat berselera aja sampai ada yang sakit perut kekenyangan.

Inilah budak yang sakit perut kekenyangan....sambil berdiri boleh sumbat lagi. Nasib baik ada minyak cap kapak ngan minyak mestika.


Ini tidak adil....ini pulak menu guru pengiring. Hu hu pinggan dan cetong kena basuh sendiri lepas makan.




Secara keseluruhannya (pandangan peribadi) program ini lebih berfokus kepada mengenal potensi diri dan bagaimana cara untuk menggunakan potensi tersebut untuk berjaya. Hmmmm...SPM dah nok doket  dah.....tak berapa sesuai kot. Walau apapun ada ilmu yang dapat dikutip. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Huyoooooo.....mamat poyo si Razin dinobatkan peserta terbaik lelaki dan Nadia Suhaila peserta terbaik perempuan. Tahniah dan syabas....maksudnya pelajar SMKSP mampu bersaing......Program tamat pukul 4.30 ptg (dalam surat 2.00 ptg...dei macha..esok kije..). Sampai sekolah pukul 5.30 ptg. Pn. Juwita esok saya cuti ye....claim boleh tak......Terima kasih buat pengurusan Felda Panching Selatam, khususnya SDA Noraini, Abg2 Driver, Abg Man Taxi Driver, Pak Cik Van dan semua pelajar yang menyertai program ni. Jangan lupa 22 -23 Okt katanya ada satu lagi program. Adiossss....




Friday 27 September 2013

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana

Semalam telah berlangsung Majlis Solat Hajat dan Tahlil Perdana bagi calon-calon PMR dan SPM SMK Seri Panching. Walaupun keadaan cuaca hujan tetapi kehadiran guru-guru, ibu bapa dan khususnya pelajar-pelajar tidak menghampakan. Alhamdulilah promosi yang telah di buat untuk memastikan pelajar hadir ke majlis tersebut telah berjaya rupa. Aku selaku Setiausaha Bina Insan telah menjemput sahabatku sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Baihaqie ad-Dimasqi untuk memimpin majlis tersebut. Terima kasih banyak bro walaupun dikhabarkan sepatutnya perlu menghadiri majlis di Istana. Majlis tersebut pada dasarnya mendapat kerjasama dari Kelab Mahasiswa Paya Besar, Alumni Pelajar SMKSP, PIBG SMKSP dan GPMS Cawangan Pahang. Difahamkan sejumlah RM1K telah disumbangkan oleh pihak tersebut. Apapun terima kasih buat semua guru yang menjayakan program ini khususnya Cikgu Najmi @ Ayah Mie. Start dari berurusan dengan Kelab Mahasiswa Paya Besar sehingga kebersihan semua dibantu. Muchas gracias amigos!!!


Tuesday 24 September 2013

Tasawwuf di Seminar Dakwah anjuran JAIP

Alhamdulilah diberi kesempatan menghadiri seminar anjuran JAIP. Ada dua pembentangan kertas kerja. Pertama sebagai intro....Tasawwuf Menurut Perspektif Islam disampaikan oleh Ustazah Safiah Razak dari KIPSAS. Kedua kertas kerja ...Penyelewangan Akidah, Syariah, Dan Akhlak Dalam Tarekat oleh Prof Madya Dr. Abdul Manam dari UnisZA.

Monday 23 September 2013

SEMINAR DAKWAH DAN KEFAHAMAN ISLAM

Entah macamana tetiba nama terselit sebagai peserta seminar. Pada asalnya surat ni khabarnya telah di fakskan pada hari Jumaat oleh SPI tetapi tak sampai. Pagi-pagi lagi Al-Fadhil Ustaz Sabarno menyerahkan surat sambil berziarah mahabbah ke sekolah. Berkebetulan salah seorang guru menyediakan minum pagi. Dapatlah menjamu beliau. Sempatlah juga beliau bertanyakan kegiatan dakwah di sekolah.

Saturday 21 September 2013

Irdhina dan Rumah Biru.....Juara Keseluruhan Sukan Tadika Anjung KIPSAS 2013

Hari ini sempat juga melihat Dina menyertai sukan di tadikanya walaupun demam cirit birit belum reda lagi. Hebat juga Dina ni walaupun kecik. Tiga acara yang di sertainya.Larian baton dan bawa bola ping pong dalam sudu dapat nombor satu. Cuma kaki gajah je dapat nombor tiga. Semua acara secara berkumpulan.

Mendengar kata-kata semangat dari mualimah.



Taraaaaa......menunjukkan nombor keramat 014....tekan tekan tak dapat.

Para guru aka jurulatih dan pemain sibuk menyusun strategi.

Ucapan syabas dan tahniah buat pihak Tadika yang berjaya menganjurkan hari sukan ini. Apa yang penting ibu bapa puas hati adanya aktiviti seperti ini.

Friday 20 September 2013

Maaf....tidak dapat hadir

Hidup ini lebih bermakna dan indah apabila kita bersyukur apabila senang dan bersabar apabila susah.
Hari ini sepatutnya menghadiri Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform tetapi kesihatan tidak mengizinkan. Diarrhea @ cirit birit dan demam melanda. Apapun kena bersabar dan ber istirja' . Itu yang Islam ajarkan kepada kita.

Thursday 19 September 2013

Kajian Impak Perlaksanaan Program Skim Tuisyen Felda

Alhamdulilah hari ini diberi peluang menghadiri satu Taklimat Kajian Impak Perlaksanaan Program Skim Tuisyen Felda. Berlangsung di Pejabat Felda Wilayah Kuantan, Indera Mahkota. Penyertaan adalah daripada semua Penyelaras STF di setiap sekolah Felda Wilayah Kuantan. Maksudnya dari Selendang sampai ke Lepar Utara ....impakstf@gmail.com.


Ada dua slot pembentangan. Slot Pertama disampaikan oleh En. Syeikh dari PPD Pekan dan dibantu oleh En Rahmin dari PPD Kuantan. Slot ini menceritakan tentang latar belakang Kajian Impak STF. Lebih kurang kepentingan kajian, skop kajian....boleh dikatakan seperti orang tulis tesis. Faktanya hampir RM10 juta telah dibelanjakan untuk STF sejak 2004. Satu amaun yang banyak dan sebab itulah salah satu faktor kajian ini dibuat. Credit buat orang Johor yang mengepalai kajian ini. Bagi menjayakan kajian ini pihak sekolah diminta memenuhi borang soal selidik. Terdapat 4 versi borang. 1st untuk Pengetua, 2nd untuk Penyelaras STF, 3rd untuk guru-guru STF dan 4th untuk 30% pelajar STF SPM. Due date 3 Oktober.





Slot Kedua pula disampaikan oleh adik kepada PM Malaysia. En. Kamarulzaman b. Razak dari PPD Rompin. Slot tersebut berlangsung dalam suasana santai. Al-maklumlah adik kepada PM kita. Itulah lawak  yang tidak lekang dari mulut En. Kamarulzaman. Slot ini boleh dikatakan hanya pengambilan data dari Profil Sekolah untuk di key in dalam Skim Lonjakan Kecemerlangan. Amat malang rasanya kerana semua sekolah menengah tidak layak menerima Skim Lonjakan Kecemerlangan. If not mistaken, mana-mana sekolah yang layak, akan menerima wang RM1K. Apa yang dapat disimpulkan (pandangan peribadi) rata-rata ETR dari  semua sekolah terlampau tinggi sebab itulah tak tercapai OTI 1 , OTI 2 dan OTI 3 apabila keluar keputusan AR1, AR2 dan AR3. " Ukur baju di badan sendiri ". En. Kamarulzaman juga menegaskan jangan terikut  target PPD apabila sesebuah sekolah menetapkan target mereka.



Majlis selesai pada pukul 12.00 tengahari dengan pengagihan borang soal selidik dan makan tengahari. Jutaan terima kasih buat PK Pentadbiran Pn. Juwita dan SUP Pn. Rosmawati aka Ros ..Ros... diatas penyediaan Profil PMR dan Profil SPM  yang lengkap (sori yek kalau seperti mendesak..nak wat camner masing-masing kena selesaikan tugas masing-masing). Tak lupa gak buat SDA Pn. Noraini dan Abang Driver Felda.....Adios.......